Header Ads

LightBlog

Kerajaan Melayu Purba Langkasuka

Langkasuka atau juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu (China), Langasyuka (Arab) dan Ilangasoka (inkripsi Tangore) yang terletak di kawasan yang dikenali sebagai Pattani (dahulunya Kedah). Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang terletak di Semenanjung Malaysia. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu. Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 masihi. Legenda orang Melayu mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah, dan kemudian berpindah ke Pattani. Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama masihi.

Nama Langkasuka juga ada disebut dalam tulisan-tulisan Melayu dan Jawa, sementara tulisan-tulisan dari China pernah menyebut sebuah negeri iaitu Lang-ya-hsiu atau Lang-chia-shu. Pada tahun 515 M Raja Bhagadatta menjalinkan hubungan dengan China. Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta-duta dihantar pada tahun 523, 531 dan 568 masihi. Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan negeri naungan kepada Kerajaan Srivijaya dan pada kurun ke-15 ia digantikan dengan Kerajaan Pattani.

Pada tahun 1963, Stewart Wavell mengetuai satu ekspedisi Cambridge ke Langkasuka dan Tambralinga. Maklumat mengenai ekspedisi ini boleh didapati melalui buku "The Naga King's Daughter", terbitan Antara Books.

Patani dan Langkasuka
Negeri Patani memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri di Semenanjung Melayu seperti Melaka, Johor dan Selangor. Sejarah lama Patani merujuk kepada kerajaan Melayu tua pengaruh Hindu-India bernama Langkasuka sebagaimana dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla University di Patani, Seni Madakakul bahawa Langkasuka itu terletak di Patani. Pendapat beliau ini didukung oleh sejarawan lain seperti Prof. Zainal Abidin Wahid, Mubin Shepard, Prof. Hall dan Prof. Paul Wheatly.

Lebih jauh bahkan Sir John Braddle menegaskan bahawa kawasan timur Langkasuka meliputi daerah pantai timur Semenanjung, dari Senggora, Patani, Kelantan sampai ke Trengganu, termasuk juga kawasan sebelah utara negeri Kedah (M. Dahlan Mansoer, 1979).

Dalam buku sejarah negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa, ada menyebut bahawa negeri Langkasuka terbahagi kepada dua: Sebahagian terletak di negeri Kedah iaitu terletak di kawasan tebing sungai Merbok. Sebagian lainnya terletak di sebelah timur Kedah, yaitu di pantai Laut China Selatan. Dalam hal ini Prof. Paul Wheatly tanpa ragu mengatakan bahwa Langkasuka terletak di Patani sekarang. Pendapat beliau dikuatkan dengan temuan kepingan batu-batu purba peninggalan kerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota pada masa itu). Konon, menurut buku Negarakertagama, Jerang atau Djere merupakan ibukota Langkasuka.

Sedangkan asal usul orang Patani menurut para antropolog berasal dari suku Jawa-Melayu. Sebab ketika itu suku inilah yang mula-mula mendiami Tanah Melayu. Kemudian berdatangan pedagang Arab dan India yang melakukan persemendaan sehingga menurunkan keturunan Melayu Patani di selatan Thai sekarang.

Tanah Melayu telah didatangi pedagang dari Arab, India dan China sejak sebelum masehi. Seorang pengembara China menyebut bahawa ketika kedatangannya ke Langkasuka pada tahun 200 masehi, ia mendapati negeri itu telah lama dibuka.

[Dari Wikipedia | Kategori: Sejarah Malaysia]
Lihat juga: DIMANAKAH LANGKASUKA?

11 comments:

  1. Saya pernah menonton filem berjudul Queens of Langkasuka (dibuat dan diproduksi oleh sineas Thailand dalam bahasa Thai) dan sangat terkesan oleh latar belakang cerita serta tokoh-tokohnya. Namun filem itu meninggalkan beberapa pertanyaan dalam benak saya seperti, saya kira, dalam benak penonton lain khususnya mereka yang tertarik pada Sejarah Melayu.

    Menurut catatan di atas, kerajaan ini sudah berdiri sejak abad ke 5M, dan baru berdaulat di bawah panji-panji Kerajaan sriwijaya pada abad ke 12M. Adapun, masih menurut catatan di atas, asal-usul bangsa Melayu (Patani) yang dulu mendiami kerajaan ini berasal dari suku Jawa-Melayu.

    Adakah di antara tuan/puan yang berkenan membantu memperkaya khasanah pengetahuan kita tentang hal ini?

    ReplyDelete
  2. Berikut ini saya kutip sedikit penjelasan Engku Syed dalam situs Tuan Naim Firdausi sebagai berikut:

    EngkuSyed said...

    Salam,
    Saya berasal daripada kerabat diraja Patani. Biarlah saya ceritakan serba sedikit daripada maklumat yg saya perolehi daripada orang2 tua keluarga saya. Sebenarnya Langkasuka sama dengan kerajaan patani. Tetapi patani bukanlah nama yg mutlak kerana negeri patani juga terletak di bawah tanah kekuasaan Langkasuka. Kerajaan Langkasuka sinonim dengan Kerajaan Kedah tua. Dan kemungkinan kerajaan Langkasuka dan kerajaan Kedah Tua adalah sama. Mengikut orang2 tua keluarga saya, meriam ini bukanlah dibuat oleh orang cina, tetapi orang melayu sendiri. Terdapat dua buah meriam besar iaitu meriam seri patani dan satu lagi dah lupa namanya. Semasa berlaku peperangan dengan tentera siam, kedua2 meriam ini lah yg telah menyelamatkan Langkasuka dan telah membunuh beribu-ribu tentera siam. Semasa keluarga diraja kelantan mengambil alih kerajaan patani kecil iaitu lima buah negeri melayu di selatan Thai(kerajaan inilah yg dinamakan patani), raja-rajanya begitu lemah dan akhirnya saki-baki kerajaan Langkasuka mulai jatuh ke tangan siam. Semasa kerajaan patani terakhir jatuh secara total, dua buah meriam besar ini cuba diangkut ke siam dengan kapal. Oleh kerana meriam ini terlalu besar dan berat, maka salah satu daripadanya telah tenggelam di dasar lautan di teluk siam. Dan salah satunya masih megah berada di luar bangunan kementerian pertahanan Thailand.

    Berkenaan cerita ini, memang telah banyak yg diubah. Namun beberapa elemen kemelayuan masih diterapkan. Antara yg diubah ialah penampilan Raja Hijau (atau Nang Cayang dalam sebutan Langkasuka) memakai tande atau bintik pada dahinya. Ini mirip kepada agama hindu sedangkan Raja Hijau tidak begitu. Keduanya, adik Raja Hijau yakni Raja Ungu sebenarnya memang benar2 sukakan Putera Pahang dan watak paree tidak wujud. Ketiga, Langkasuka tidak pernah diserang lanun secara berdepan kerana kerajaan ini sangat besar meliputi lima negeri selatan Thai (Yala, Narathiwat, Patani, Satun dan Hatnyai), Kedah, Perlis, Pulau Pinang, dan memanjang hingga ke Segenting Kra. Kelantan dan Terengganu juga berada di bawah naungannya. Langkasuka juga tidak pernah dikuasai atau dinaungi oleh majapahit kerana kerajaan majapahit pada masa itu mengalami kemerosotan. Oleh itu langkasuka banyak kali diserang oleh siam. Keempat seperti yg dinyatakan oleh penulis ialah memaparkan perkampungan siam sebenarnya bukannya perkampungan melayu kuno. Kelima, meriam besar tersebut dibina sebanyak dua buah, dan bukan dicipta oleh orang cina tetapi sebaliknya orang melayu sendiri. Kelima, Raja Hiaju bukanlah mati semasa perang, baginda mati sakit tua. Dan banyak lagi; Keenam, ketujuh, Kelapan dan seterusnya.

    Semoga berguna.
    Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagaimana saya dpt menghubungi engku said?

      Delete
    2. betul, Kedah Tua itu ibu Kota Langkasuka manakala d Patani itu pelabuhan utama Langkasuka... tp d mana pelabuhannya... adakah d Kota Mahligai...

      Delete
  3. Koreksi:
    Yang saya maksudkan bukan "..... sudah berdiri sejak abad ke 5M," tetapi pada tahun 500M.
    Mohon maaf atas "mistyped" ini.

    Terima kasih Sdr. Anonymous untuk tambahan informasi di atas. Semoga masih ada pembaca lain yang berkenan menambahkan informai berharga menyangkut sejarah awal peradaban Melayu di tanah Semenanjung dan Nusantara.
    Semoga.

    ReplyDelete
  4. sebuah sejarah yang sangat bgus, adakah kemudian sejarah melayu ini berhubungan dengan kerajaan di aceh kedepannya?
    melihat sultan aceh juga beristrikan putri pahang(putro phang). adakah yang tahu?

    ReplyDelete
  5. Penulis M Muhar Omtatok
    Sumber : http://halibitonganomtatok.wordpress.com

    KALENDER SIMALUNGUN
    Dalam Pustaha yang ditemukan di Talang Tua, yang ditulis pada tanggal Mudaha Ni Mangadop (11) bulan Sipaha Opat (4) tahun 686M (608 Saka), ditulis dalam bahasa lingua franca Sriwijaya dan Nagur, begini bunyinya:
    “Syaka warsyatita 608 ding pratipada tahun saka leat 608 dina parmula syukpalaksya wulon waisyaka tatkalanya mudaha ni poltak bulan sipaha opat hatihani yang mangmang sumpah ini nipahat di welanya yang wala shariwidjaya kaliwat hatihani bola sariwidjaya leat manapik yang bhuni Jawa tidak bakti mengalah bumi Jawa naso tunduk ka Syariwidjaya hu ariwidjaya”.
    Jika kita artikan dalam gaya tutur bahasa Simalungun, begini jadinya: “Sanggah bani mudaha ni Popoltak (mangadop) tahun saka 608 na salpu bulan sipaha ompat, panorang aima bulawan on iuhirhon sangat dunghonsa (dobkonsi) ialah bala ni ariwidjaya tanoh Jawa nao tunduk hu bani sariwidjaya”.......
    ===============
    M. Muhar Omtatok menguraikan bahwa Damanik merupakan marga tertua dari suku Simalungun dan Batak. M Muhar Omtatok juga mengungkapkan bahwa Damanik telah ada sejak kepercayaan lokal ada di Sumatera.
    ==============
    Demikian pula dalam hikayat ”Parpadanan Na Bolag” yang mengisahkan kerajaan ”Nagur” yakni kerajaan Batak Timur Raya. Dalam catatan pengembara asing, kerajaan ini sering disebut ”Nakur”, atau ”Nakureh” maupun ”Jakur”. Kerajaan ini, menurut M.O. Parlindungan dalam bukunya Tuanku Rao (1964) berdiri pada abad ke 6-12. Rajanya yang terkenal adalah Mara Silu yang oleh penulis Karo disebut bermarga Ginting Pase dan masyarakat Batak Timur Raya menyebut marga Damanik. Nama Mara Silu banyak disebut didalam ”Hikayat Raja-raja Pasai”, ”Sejarah Melayu”, dan ”Parpadanan Na Bolag” dan diyakini sebagai Raja Nagur dari Batak Timur Raya. Menurut catatan MOP dalam bukunya ”Tuanku Rao” sepenakluk Aceh terhadap ”Nagur”, Mara Silu dan laskar yang tersisa menghancurkan bandar Pase (Aceh) pada tahun 1285 dan masuk Islam serta berganti nama menjadi Malikul Saleh, Sultan Samudra Pase yang pertama. Sejak saat itu, kerajaan Nagur tidak lagi ditemukan dalam tulisan-tulisan selanjutnya.
    =============
    2. Catatan Tentang Nagur
    Namun demikian, apabila angka yang disebutkan oleh Parlindungan tersebut dikomparasikan dengan laporan admiral Zheng Zhe (Cheng Ho) maka akan didapat bahwa, hingga tahun 1423, kerajaan Nagur masih berdiri. Didalam buku Zheng Zhe: Bahariawan Muslim Tionghoa (2002) disebut bahwa, admiral tersebut mengunjungi Nagur sebanyak 3 (tiga) kali. Pasukannya sangat terkenal dengan senjata panah beracun dan berhasil menewaskan raja Aceh. Dalam laporan pengelana Tionghoa tersebut, nama Nagur dituliskan dengan ‘Nakkur’; ‘Nakureh’ atau ‘Japur’. Hal senada juga diketahui dalam laporan Ma Huan yakni Ying Yei Seng Lan, dimana nama Nagur yakni ‘Napur’ merupakan kerajaan ‘Batta’
    =====================
    http://ipie3.wordpress.com/2009/06/06/kerajaan-nagur-di-simalungun/
    http://id.wikipedia.org/wiki/Damanik
    http://dearmawantomunthe.wordpress.com/2012/01/04/100/
    http://simalungunonline.com/alamanank-simalungun.html
    http://simalungunonline.com/%E2%80%9Cperjalanan-simalungundamanik-dalam-tinjauan-habonaron%E2%80%9D.html
    http://suhuomtatok.wordpress.com/2007/05/28/pustaha-laklak/
    http://puakmelayu.wordpress.com/2008/12/29/tok-pawang/
    http://puakmelayu.wordpress.com/category/uncategorized/
    http://puakmelayu.blogspot.com/search/label/IKHWAL%20DAN%20SEJARAH%20MELAYU
    http://puakmelayu.blogspot.com/
    http://puakmelayu.blogspot.com/2008/12/siapa-agaknya-melayu-itu.html
    http://suhuomtatok.files.wordpress.com/2007/05/rajah2-simalungun.jpg?w=500
    http://halibitonganomtatok.files.wordpress.com/2010/04/22441_1262408254059_1645307310_636077_6677367_n.jpg?w=250&h=300
    http://archive.kaskus.co.id/thread/3991820/0/budaya-simalungun

    ReplyDelete
  6. Seperti Islam sudah masuk di batak pedalaman . Sama seperti di pasai .Islam masa ti dibawa Syiah pada awal nya sedang masa berikut Islam kembali masuk di bawa para wali songo ..tokoh Sri / Suri maharaja Diraja dalam kisah Melayu Minang itu adalah sunan Gresik atai syaik magribi atau Maulana Malik makdum (makadunia) Ibrahim samarkandi.anak dari Syaikh Jamaludin Akbar azmatkhan ini sudah periode allusunnah wal jamaah .tp midah terima masyarakat karena juga keturunan nabi Muhammad shalallahu .dari saydina Ali dan Fatimah..artinya yg masuk di batak Islam tp pada masa Syiah . Tp jangan di sama.syiah yg sekarang
    ..

    ReplyDelete
  7. Pagaruyung sebenarnya bukan kerajaan milik Minang kabau saja tetapi juga milik semua bangsa Melayu Sumatra Jawa Nusantara ..gelar Khalifah bisa berpindah ke beberapa negri tergantung kelayakan sesuai adat nya.

    ReplyDelete
  8. Maulana Ishak yg mengajar di pasai adalah anak tengah
    . Maulana Malik Ibrahim itu bergelar raja suri atau Sri Malik makhdum Akbar shah ..itu gelar raja melekat pada
    Sunan Gresik

    ReplyDelete
  9. Kedatangan rombongan awal itu kira kia 200 orqng dari gabingan arab brbagai negara, fiikuti Yaman. Malikul salleh raja samudra pasao. Namunada yang aeal oaitu perlak itulah berfaham syiah. Hulu bagi perlak atau kawasan Barus adalah Danau Toba. .syed jamaludin kubra adalah duta dari kerajaan tuglug di india. Fahaman fmerrka syiah. Namun krluarga jamalufin kubra adalah ahli sunnah. .memang ada peperangan saegama diperlak kerana syiah dan sinnah itu. Gila babi juga perang itu.. Zaman tersrbut lebih aeal dari kerajaan majapahit dan langkasuka islam.. Langkasuka islam itu termasuk aceh dan pasai. .raja sangkerta bernama zainuddin dan anaknya bernama sang Tawal atau abudullah. Acrh dan kedah siam patani, kelantan adalah kawasan Aceh pusat. .menarik sekali adalah penuhugan kerajaan palembang baru pimpinan sang sapurba merupakan anak kepada raja suran di langkasuka. Sakerta dan krishna pendita juga anak raja suran. .zaman sang tawal ada lah kerajaan langkasuk melemah kerana seranfan siam dan brontak sang nila utama 2 kepada pamannya sankerta. Sangkerta asalnya bergelar sang nila utama juga.. Sang nila utama palembang atau adityawarman adalah keponakan sankerta. .sang tawal menyelinap ke jawa berkahwin tribuana tunggal dewi maakala malikul zahir 1 kahwini raja dewi adik tribuana tunngal dewi. Al hasil tunggal dewi dapat anak bergelar paduka sori. Sang tawal dengan isterinya dari palembang iaitu mengindera dewi mendapat anaj bernama hayam wuruk dan raden sotor... Pateh longender adalah mahmud baru basa kelantan. Pateh andura pula adalah malikul zahir 2.. Ateh andura itni menghilang tapi anaknya adalah wikrama wardana atau arya damar atau sultan zainal Abidin Aceh. . Kesuma wardani anak hayam wuruk adalah isteri zainal abidin. Anjas moro pula adalah siti zubaidh champa. . Sulaiman singha diraja adalah haya wuruk. Ia juga raja di srnggora thailand. . Pateh gajah mada kemungkinan syed jamadil kubra.. Ia juga kemungkinan kertawijawa yan nikahi anak zainal abidin. Iaitu ramawati. Manakala iskandar kelantan kahwini suhita atau drawati champa. . Keluhatan mereka masing masing ada 4 negara... Di zaman mahmud bharu basa kelantan dan abangnya hayam wuruk.,kerajaan singapyra dibangunkan fan siam yang menjajah singapura dan m as lata di kalahkan.. Setetusnya anak anak dan cucu jamadil jybra memerintah majapahit selepas suhita dan iskandar turun takhta. Turin takhta kerana kembalu ke melaka mrnjadi raja melaka. .nurul alam raja di tanjing pura. Wan abdullah menikahi rad3n galoh dan berpindah jadi raja melaka..sultan mansor syah itu wan Abdullah. Di jawa ia adalah brawijaya.. Kejatuhan majapahit kemudian kejatuhan melaka. Tuturan langkasika merosot. Termasuk turunan syed jamadil kubra. Sehingga melaka kalah kepada portugis. Langkasuka pun merosot.. Majapahit merosot dan akhirnya melaka merosot. Raja melaka bekas bekas raja majapahit ia itu bermula zaman kertaeijaya. Dan iskandar kelantan. .mereka ke jawa jadi batara majapahiy dan krmbali memajukan melaka

    ReplyDelete

Galeri

Di bawah ini adalah galeri imej dari semua posts yang tersaji di blog ini. Selain sebagai galeri, panel ini juga berfungsi sebagai jalan pintas untuk mengakses semua post, cukup dengan satu klik pada masing-masing imej. Scroll-down untuk melihat seluruh posts, atau pilih kategori post berdasarkan tombol-tombol pilihan yang tersedia. Semoga bermanfaat!