Header Ads

LightBlog

Melayu Sudah Lama Berkomuniksi Dengan Aliens?

satu impak maksima untuk akal memikirkannya, kadang-kadang langsung tak logik, tetapi pada pengkaji purbakala, kajian mereka bukan hanya melihat sejarah itu hanya masa dahulu, tetapi ia menjangkau pemikiran luar kotak yang tak mampu di perdebatkan.. adakalanya terfikirkah kita bagaimana kaum-kaum terdahulu mencipta monumen besar-besar yang berkait rapat dengan angkasa lepas, bulan, matahari, bintang dan paling hebat mengatahui nama plenet-plenet di luar sana, walau pada masa itu agak mustahil kita nak faham, mana mungkin teknologi itu wujud? tetapi kita tak faham keseluruhannya... mungkin ada kebenarannya... mungkin..







MELAYU SUDAH LAMA BERKOMUNIKASI DENGAN ANGKASA LEPAS
Dalam tamadun-tamadun silam seperti Maya, Aztec, Olmec, Red Indian dan sebagainya, banyak terdapat ukiran pada bangunan dan juga lukisan pada dinding gua yang menggambarkan kapal angkasa lepas dan makhluk asing atau 'alien'.

Patung-patung yang direkabentuk berupa seseorang yang berpakaian seperti angkasawan masa kini juga banyak bertebaran di tempat-tempat lain di dunia seperti India, China, Russia, Amerika Syarikat dan sebagainya.

Ini bermakna manusia pada masa dahulu sudahpun agak biasa dengan fenomena kapal angkasa dan makhluk asing.

Mereka meninggalkan warisan dalam bentuk patung, relif dan lukisan sebagai ingatan kepada generasi akan datang supaya tidak terkejut jika berlaku hubungan dengan inteligen dari luar sistem solar kita kerana mereka terlebih dahulu sudah membuat hubungan yang sama, mungkin lebih intim bekerjasama.

Ini juga bermakna bangsa Melayu sudah lama berkomunikasi dengan 'alien' dan makhluk-makhluk dari luar sistem solar atau Bim Sakti.

Ini kerana tamadun-tamadun agung seperti Maya dan Aztec telah diasaskan oleh leluhur Melayu ribuan tahun dahulu.

Buktinya adalah saling tidak tumpah seperti arkitektur bangunan dan seni binaan di Nusantara dengan Maya serta Aztec samada dari segi rekabentuk arca mahupun kegunaan mereka.

Bumi sudah dikunjungi pelawat-pelawat inter-planetary sejak awal-awal lagi.

Blogger Ajaque Rahman pernah menulis dalam blognya bahawa Bumi ini masih menjadi tempat tinggal bangsa-bangsa awal penghuninya seeprti Polippa Al-Hin, Polippa Al-Bin, Polippa Al-Tam, Polippa Al-Ram, Al-Jin, Al-Bashar Atalan, Al-Bashar Lamarakh, Paladin dan sebagainya.

Bangsa-bangsa ini mempunyai tamadun yang begitu canggih dengan tahap ilmu yang amat tinggi.

Sebagai perbandingan jika manusia masa sekarang hanya mampu menggunakan setakat 2 persen sahaja kapasiti inteligen otak mereka bangsa-bangsa ini mungkin sudah mencapai tahap 50 - 60 peratus.

Kemampuan telepathy, sains dan teknologi amat maju sekali.

Jika kita perlu ke hospital, mereka hanya perlu scan sahaja apa-apa penyakit dalam badan mereka atau kecederaan yang dialami dan terus sembuh begitu sahaja.

Umur mereka panjang dan mampu memanjang jangka hayat mereka kerana teknologi yang mereka miliki.

Ada yang mampu hidup antara 7,000 hingga 10,000m tahun.

Apa yang anda lihat di dalam filem bikinan Hollywood seperti Avatar, Star Wars, Lord of the Rings, Prometheus, Stargate, War of the Worlds, 13th Planet, Aliens, Narnia dan sebagainya adalah semua benar belaka.

Inilah adalah antara makhluk yang pernah mendiami bumi ini dan sesetengah spesis mereka masih lagi bermastautin di sini.

Persenjataan paling canggih manusia zaman ini pada mereka sudah ketinggalan zaman beberapa kurun.

Kapal angkasa lepas yang terhempas di kutub Artik penulis paparkan pada artikel yang lepas bukanlah insiden baru.

Kapal tersebut sudah berada di dalam lapisan air sejak ribuan tahun lalu.

Kemungkinan besar ia adalah dari gugusan planet Melayu iaitu Sirian dan Pleiades kerana yang berkunjung ke Bumi tetapi telah ditembak jatuh dalam peperangan inter-planetary yang terjadi ketika itu.

Dikatakan telah ditemukan beberapa artifak dan ukiran pada dinding dalaman kapal angkasa tersebut yang mempunyai ciri-ciri kemelayuan. Mungkinkah keris?

Seterusnya penulis akan membongkar lebih banyak bukti hubungan bangsa Melayu dengan bangsa 'alien' pada makalah akan datang.

sumber klik sini

Source: HedBobmbBlog

1 comment:

  1. terima kasih Pak cik,atas info2 sejarah nya..semoga dg hal ini tambah terbuka wawasan kita atas kebesaran bangsa Melayu..

    ReplyDelete

Galeri

Di bawah ini adalah galeri imej dari semua posts yang tersaji di blog ini. Selain sebagai galeri, panel ini juga berfungsi sebagai jalan pintas untuk mengakses semua post, cukup dengan satu klik pada masing-masing imej. Scroll-down untuk melihat seluruh posts, atau pilih kategori post berdasarkan tombol-tombol pilihan yang tersedia. Semoga bermanfaat!